Thursday, 24 March 2016

#7 Atasi Selsema dengan Petua Orang Lama



Teks Asal : Farah Liyana
Teks Tambahan : Noor Hazwani

Foto Asal : Farah Liyana
Foto Tambahan : Noor Hazwani

Selalu tak anak kena hidung tersumbat?
Jom follow petua yang dah dicompile oleh kawan saya, Farah Liyana.

As salam..
Since rupanya ramai yang bertanya macam mana nak legakan hidung baby yang tersumbat dek kerana selsema dengan menggunakan kunyit hidup..moh la farah share kan ya untuk mama2 semua..
Zara ni senang berjangkit selsema dari anyone walau la dia fully breastfeed..umur baru 4 bulan tapi dah 3 kali jangkit selsema dari abang dia la..papa dia la or even cousin dia..few days ni dia tak boleh tido malam sbb tak selesa..mama dia yg lembik ni pun samalah berjaga hingga tersalah tido n sakit tengkuk end up sakit kepala sampai tak boleh dukung Zara takut dia terjatuh..ni kira desperate jugak la nak cari solution..actually dh lama tau petua ni cuma tak cuba sahaja lg..
Farah dah cuba buat steam..tepuk percussion n sedut bagai..tapi still tak tido lena macam dah sapu kunyit hidup..farah dah cuba dan Alhamdulillah Zara tido lama and almost sama mcm her sleep routine..heaven kot dapat tido 5 hours straight masa baby block nose..tapi yang penting anak kita yg selesa dan tido nya tak terganggu untuk perkembangan dia kan..so apa yg bermanfaat kita share sesama..
So sila ikut step2 seperti gambar yg diberikan ya..buat step ni semua 2 kali sehari..bangun tido sebelum mandi n before tido sebelum tukar baju tido..tapi kalau taknak hidung anak jadi kuning sgt..tenyeh kunyit sekali before tido malam je pun ok..
chayok2 mommies

Langkah Pertama : Steaming



Buat steam pada baby selama 10minutes..nak guna baldi pun boleh tapi air kena selalu tukar sebab air akan cepat sejuk..nak mudah guna rice cooker dan on pada cooking ya..
Halakan baby ke arah rice cooker yg tengah keluarkan steam tu..jarak antara baby and rice cooker kita sendiri yang agak guna tangan kita..if panas halakan jauh sikit..if tak panas sgt..dekat2kan la..heeee
Masa ni baby akan menangis teruk..don't worry..mama jangan risau ya..
jangan steamkan baby kurang 10mins tau sbb ni untuk longgarkan lendir hingus..kalau tak hingus akan kental kat dalam dada dia..

masa buat steam ni akan meleleh hingus keluar..sambil tu lap2 kan hingus yg keluar..

Basically steam ni sama function dia macam nabulizer di klinik atau hospital tapi ni lagi natural sbb kita guna steam air tanpa ubat..


tambahan : Wanie selalu titiskan minyak atau pati habbatussauda sewaktu steaming. 


Langkah Kedua : Percussion




Buat tepuk percussion (bentukkan tangan seperti cuping telinga)
pada belakang baby kiri dan kanan(jangan tepuk tulang tengah baby ya)
Dan dada baby kiri dan kanan juga
1min each side tau..
Prasan tak kalau hantar ke hostpital atau klinik..nurse atau doc akan buat benda yg sama..

Fungsi tepukkan ni juga untuk longgarkan lagi lendir hingus di dada

Then sedut..mmg hingus boleh penuh satu pump sedut tu kalau awal2 baby kena jangkitan.


Langkah Ketiga : Salt Water




Nabulizer salt water spray ni ada macam2 brand..tak semestinya brand ni je ok..boleh tanya kat farmasi..dont worry ni bukan ubat..dia air garam untuk clearkan hidung baby..

Farah guna ni once after buat steam untuk clearkan lagi hidung baby..spray each side at least 3 saat..mata baby kena tutup dengan kain or tisu agar tak termasuk air garam ni..kang pedih mata dia..
baby akan meraung and macam tersedak..don't worry jugak mommies ya..minta bantuan sesiapa untuk pegang baby..

Once dh spray sedut balik guna pump ya.


Tambahan : Wanie gunakan garam Sole

Langkah Keempat : Kunyit Hidup




Ini kunyit hidup ya mommies..takut kang ada yg tak kenal..ahahah..sbb rupanya dh nak sama mcm halia and ginseng..ahahahah

Kupas kulit then tenyeh kat lesung supaya keluar air..jangan tenyeh kat hujung lesung..pijau pulak baby nnti..


Tenyehkan kunyit tadi dari unbun kepala sampai hujung batang hidung baby..memang hidung jadi warna kuning..nak elok kan?so relakan je la ya..

Jangan lupa selawat 3x kali masa buat(non muslim tak perlu)

InsyaAllah dengan izin Allah baby akan tido lena..tapi once baby terbangun..hidung mcm tersumbat balik..mommies just spray nabulizer tu dan sedut..sapu balik kunyit dan susu kan baby..InsyaAllah dia akan tido lena blk




Langkah Kelima : Sapuan Dada



Sapu la pada dada,belakang baby,belakang telinga,tapak kaki dan betis baby dengan vicks/baby herbal cream atau any minyak panas yg sesuai dengan kulit baby..
Supaya baby rasa warm..
Check juga suhu bilik,pakain kan stokin dan pakaikan pakaian yg sesuai untuk baby


tambahan : Wanie selalu sapukan minyak garlic dan habbatussauda ke dada dan tapak kaki anak.

Tambahan Langkah Enam : Qaseh Junior

Jangan lupa beri anak Qaseh Gold Juninor setiap pagi dan malam untuk berikan perlindungan maksimum. Qaseh Junior meningkatkan sistem immune badan dan menyokong pertumbuhan bakteria baik di dalam badan.




No comments:

Post a Comment