Thursday, 24 March 2016

#9 Eczema : Introduction

Teks dan Foto Oleh : Noor Hazwani

Apa itu Eczema

Harini macam nak cerita in detail pasal penyakit anak kesayangan kami,Syahmi Fawwaz..
Syahmi lahir putih gebu bersih je kulitnya..Walaupon lahir awal 4minggu, 
Syahmi sihat dengan organ dalaman yang sempurna..Tak perlu nak masuk incubator.

Awal2, Syahmi mendapat prolonged jaundice sehingga umur 2bulan. Dlm tempoh 2bulan, 
mmg xde kesan eczema tu..Aku sendiri xsedar bila dia kena..y aku ingat bulan 12, 
eczema dia makin teruk. Beberapa hari lepas jab vaccine, dia demam, aku bawak gi klinik 
Araa. Dr. Ramesh kata dia kene eczema ni.sebab kulit kering, bersisik dan merah. 
Dr. suggest tukar semua mandian dia..Mula2 aku pakai sebamed, 
pastu johnson milk bath, then eucerin..Semua macam sama je..takde perubahan 
langsung.Time tu, Anan kene outstation ke Labuan.

Di situla bermula pencarian mengenai eczema. Aku mencari melalui FB/internet/blog. 
Menurut Wikipedia, "The term eczema is broadly applied to a range of persistent 
skin conditions. These include dryness and recurring skin rashes that are 
characterized by one or more of these symptoms: redness, skin edema(swelling),
 itching and dryness, crusting, flaking, blistering, cracking, oozing, or bleeding. 
Areas of temporary skin discoloration may appear and are sometimes due 
to healed injuries. Scratching open a healing lesion may result in scarring and 
may enlarge the rash". Semua Syahmi ada kot..huhu..kemudian aku jumpa 
group eczema dari Kak Farah Rahim. Group itula yang sebenarnya banyak 
mengajar aku pasal eczema.. Sesiapa yang nak tau info pasal eczema 
bolehla masuk group Natural Healing for Asthma, Allergy and Eczema.

Aku start menggunakan moogoo. Starter pack dia sangat mahalla jugak.Tapi berbaloi. 
Sesiapa nak beli bolehlaa cari di Farmasi Caring. Ada milky wash untuk sabun badan 
dan muka, MSM, ISB and Udder cream.Berkesan untuk Syahmi.




lagi teruk dari nih pipinya..tapi xsempat amek gambar..sampai pipi berdarah bila garu..
kalau berdarah uh, surelaa aku nak nangis..isk3..harap2 syahmi bertambah sihat..
sekarang nih aku amalkan madu&habbatussauda&lactoGG utk Syahmi..Aku da berusaha,..
Yang laennya, aku serah kepada takdir yang dah tertulis utk aku..

#8 Qaseh Gold Premier

Teks Oleh : Noor Hazwani
Foto Oleh : Google



Pagi tadi saya cerita pasal kandungan qaseh premier kan?..
Tengah ari ni saya cerita pasal keistimewaan kandungan tu..
MEMPERKENALKAN QASEH PREMIER - SESUAI UNTUK UMUR 40 Tahun Keatas
======================
QASEH GOLD PREMIER
======================
Kebaikan & Keunikan ramuan tambahan
📌Biji Anggur
•Mengandungi antioksidan polyphenols,termasuk oligomeric proanthocyanidin complexes (OPCs) sejenis anti oksidan yg hebat.
•Baik utk memperbaiki paras gula dalam darah,menstabilkan tekanan darah tinggi,merendahkan paras LDL kolestrol & melancarkan perjalanan darah
•Baik utk melambatkan penuaan otak
•Baik utk memperbaiki pebglihatan malam
📌Gojiberi
• Terkenal dalam perubatan tradisional Cina.
•Mengandungi zeaxanthin, sejenis anti oksidan yang menyokong kesihatan penglihatan.
•Baik utk mengawal paras gula,kolestrol dalam darah & memperbaiki tekanan darah tinggi
•Baik utk meningkatkan tenaga,memperbaiki kualiti tidur & mengurangkan stress
•Baik utk sistem penghadaman
📌Kranberi
•Kaya dengan sumber anti oksidan.baik utk mempertingkatkan fungsi sistem imun
•Bercirikan anti inflamasi yang baik utk menstabilkan tekanan darah tinggi & merendahkan paras LDL Kolestrol
•Baik utk mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing(UTI).
•Baik utk mengurangkan risiko penyakit gusi
•Baik utk penghadaman
📌Kacang Ginjal
•Baik utk merendahkan paras LDL kolestrol & mengurang risiko penyakit jantung
•Baik utk menstabilkan gula dalam darah
•Baik utk sistem penghadaman
📌Rosselle
•Kumpulan bunga raya
•Dijadikan kordial
•Membantu melawaskan air kecil & air besar
•Kaya dengan anti-oksidan
📌Kalsium Tulang Ikan
•Kaya dengan sumber kalsium semulajadi
•Menyokong kesihatan tulang dan sendi
Kandungan Istimewa Qaseh Gold Premier
✔Madu
✔kurma
✔Tiin
✔Zaitun
✔Habbatus Sauda'
✔Delima
✔Gam Arab
✔Za'faran
✔ Gingko biloba
✔Gojiberi
✔Kranberi
✔ Biji anggur
✔Kacang Ginjal
✔Rosselle
✔Kalsium tulang ikan
✔Garam bukit
Harga hanya RM120 !!
info lanjut 012-9221876
THidayati Datii Dati untuk info berguna ni..

#7 Atasi Selsema dengan Petua Orang Lama



Teks Asal : Farah Liyana
Teks Tambahan : Noor Hazwani

Foto Asal : Farah Liyana
Foto Tambahan : Noor Hazwani

Selalu tak anak kena hidung tersumbat?
Jom follow petua yang dah dicompile oleh kawan saya, Farah Liyana.

As salam..
Since rupanya ramai yang bertanya macam mana nak legakan hidung baby yang tersumbat dek kerana selsema dengan menggunakan kunyit hidup..moh la farah share kan ya untuk mama2 semua..
Zara ni senang berjangkit selsema dari anyone walau la dia fully breastfeed..umur baru 4 bulan tapi dah 3 kali jangkit selsema dari abang dia la..papa dia la or even cousin dia..few days ni dia tak boleh tido malam sbb tak selesa..mama dia yg lembik ni pun samalah berjaga hingga tersalah tido n sakit tengkuk end up sakit kepala sampai tak boleh dukung Zara takut dia terjatuh..ni kira desperate jugak la nak cari solution..actually dh lama tau petua ni cuma tak cuba sahaja lg..
Farah dah cuba buat steam..tepuk percussion n sedut bagai..tapi still tak tido lena macam dah sapu kunyit hidup..farah dah cuba dan Alhamdulillah Zara tido lama and almost sama mcm her sleep routine..heaven kot dapat tido 5 hours straight masa baby block nose..tapi yang penting anak kita yg selesa dan tido nya tak terganggu untuk perkembangan dia kan..so apa yg bermanfaat kita share sesama..
So sila ikut step2 seperti gambar yg diberikan ya..buat step ni semua 2 kali sehari..bangun tido sebelum mandi n before tido sebelum tukar baju tido..tapi kalau taknak hidung anak jadi kuning sgt..tenyeh kunyit sekali before tido malam je pun ok..
chayok2 mommies

Langkah Pertama : Steaming



Buat steam pada baby selama 10minutes..nak guna baldi pun boleh tapi air kena selalu tukar sebab air akan cepat sejuk..nak mudah guna rice cooker dan on pada cooking ya..
Halakan baby ke arah rice cooker yg tengah keluarkan steam tu..jarak antara baby and rice cooker kita sendiri yang agak guna tangan kita..if panas halakan jauh sikit..if tak panas sgt..dekat2kan la..heeee
Masa ni baby akan menangis teruk..don't worry..mama jangan risau ya..
jangan steamkan baby kurang 10mins tau sbb ni untuk longgarkan lendir hingus..kalau tak hingus akan kental kat dalam dada dia..

masa buat steam ni akan meleleh hingus keluar..sambil tu lap2 kan hingus yg keluar..

Basically steam ni sama function dia macam nabulizer di klinik atau hospital tapi ni lagi natural sbb kita guna steam air tanpa ubat..


tambahan : Wanie selalu titiskan minyak atau pati habbatussauda sewaktu steaming. 


Langkah Kedua : Percussion




Buat tepuk percussion (bentukkan tangan seperti cuping telinga)
pada belakang baby kiri dan kanan(jangan tepuk tulang tengah baby ya)
Dan dada baby kiri dan kanan juga
1min each side tau..
Prasan tak kalau hantar ke hostpital atau klinik..nurse atau doc akan buat benda yg sama..

Fungsi tepukkan ni juga untuk longgarkan lagi lendir hingus di dada

Then sedut..mmg hingus boleh penuh satu pump sedut tu kalau awal2 baby kena jangkitan.


Langkah Ketiga : Salt Water




Nabulizer salt water spray ni ada macam2 brand..tak semestinya brand ni je ok..boleh tanya kat farmasi..dont worry ni bukan ubat..dia air garam untuk clearkan hidung baby..

Farah guna ni once after buat steam untuk clearkan lagi hidung baby..spray each side at least 3 saat..mata baby kena tutup dengan kain or tisu agar tak termasuk air garam ni..kang pedih mata dia..
baby akan meraung and macam tersedak..don't worry jugak mommies ya..minta bantuan sesiapa untuk pegang baby..

Once dh spray sedut balik guna pump ya.


Tambahan : Wanie gunakan garam Sole

Langkah Keempat : Kunyit Hidup




Ini kunyit hidup ya mommies..takut kang ada yg tak kenal..ahahah..sbb rupanya dh nak sama mcm halia and ginseng..ahahahah

Kupas kulit then tenyeh kat lesung supaya keluar air..jangan tenyeh kat hujung lesung..pijau pulak baby nnti..


Tenyehkan kunyit tadi dari unbun kepala sampai hujung batang hidung baby..memang hidung jadi warna kuning..nak elok kan?so relakan je la ya..

Jangan lupa selawat 3x kali masa buat(non muslim tak perlu)

InsyaAllah dengan izin Allah baby akan tido lena..tapi once baby terbangun..hidung mcm tersumbat balik..mommies just spray nabulizer tu dan sedut..sapu balik kunyit dan susu kan baby..InsyaAllah dia akan tido lena blk




Langkah Kelima : Sapuan Dada



Sapu la pada dada,belakang baby,belakang telinga,tapak kaki dan betis baby dengan vicks/baby herbal cream atau any minyak panas yg sesuai dengan kulit baby..
Supaya baby rasa warm..
Check juga suhu bilik,pakain kan stokin dan pakaikan pakaian yg sesuai untuk baby


tambahan : Wanie selalu sapukan minyak garlic dan habbatussauda ke dada dan tapak kaki anak.

Tambahan Langkah Enam : Qaseh Junior

Jangan lupa beri anak Qaseh Gold Juninor setiap pagi dan malam untuk berikan perlindungan maksimum. Qaseh Junior meningkatkan sistem immune badan dan menyokong pertumbuhan bakteria baik di dalam badan.




#6 KURUS selepas bersalin

Teks Oleh : Noor Hazwani

Berat sebelum kahwin = 61kg
Berat selepas Kahwin = 62kg
Berat di bulan pertama kehamilan = 63.3kg
Berat di bulan kesembilan kehamilan = 73kg
Berat selepas 2hari bersalin = 65kg
Berat sekarang(10bulan selepas bersalin) = 57

haaa...kagum x macammana saya boleh turunkan berat?hahaha..
Sebenarnya, saya pon tak tau macam mana turunkan berat ni.. Tapi bolehla bagi tips. Nak kurus kene bermula dari tempoh awal kehamilan

1. Aktif 
Ibu ibu yang mengandung haruslah mengaktifkan diri ketika mengandung.. walaupon dituntut untuk berhati-hati,bukanlah satu alasan untuk jadi malas... bawak-bawaklaa bersenam dengan berjalan-jalan, buat kerja rumah..mengandung bukan alasan jadi malas.ok? Semua psikologi..takkan nak bangun buat air untuk suami pon tak larat?..jangan malas2..nanti jadi belon, paha mcm ayam belanda, jangan salahkan org laen. Saya dulu, time 7bulan, masih maen basketball..percaya x?

2. Jaga Makan
  Mengandung bukanlah alasan untuk kita menggemukkan diri dengan makan segala benda yang ada dalam fikiran.. Baru mengandung 3-4minggu, hari-hari nak mengidam.. Janganlah macam tuh.. kalau ikotkan, kita tak seharusnya makan untuk 2org pon di awal kehamilan.Makan macam biasa..ini x, elok je tau ada 2line kat pregnancy test kit, time uh nak mengidam.. kejap nasi lemak, bihun sup, pavlova, durian crepe,,semuanya sekali hentam..jgn camtuh..kawal makan..makan benda yang berkhasiat.. kurma, kismis, sayur, amalkan sewaktu mengandung.. 

3. Breastfeeding
Saya rasa yang nih sangat membantu..sebab dia membantu mengecutkan rahim. Saya ada je tgk ramai ibu2, sewaktu dalam pantang, dah kurus slim da..abes je pantang, stop breastfeeding, terus membelon..jadik lagi besar daripada mengandung pon ada..tamau macam tu ye?jangan malas bagi susu kat anak.. itu hak anak..susu sikit bukan alasan.especially yang mana fulltime housewife ye..
banyakkan mengepam, banyakkan direct feeding, banyakkan minum air, mkn kurma, halba, lobak putih, dan amcam2 lagi milk booster.. ok? sangat membantu.. di samping salah satu cara untuk merancang jugak..

4. Muhasabah diri
Berdiri depan cermin sebelum mandi, dan tengoklah badan sendiri..kalau sanggup tengok lemak2 kat badan, kat perut, teruskan dengan apa yang korang da buat sekarang.. Kalau malu dengan keadaan badan, berusahalah.. dalam fikiran kene ditetapkan.. saya nak jadi kurus balik untuk suami.. kalau kita sendiri pon tak sanggup nak tengok diri sendiri dlm cermin, jangan salahkan suami jika pandangannya terarah pada yang laen.

5. Madu+lemon / Madu+apple cider vigegar
Prepare air jus nih dalam botol besar, simpan dalam peti..tapi boleh diminum lepas anak 6bulan..takut anak cirit pulak minum lemon..huhu.. minum segelas sebelum+selepas bangun tidur. Mampu membuatkan badan membuang lemak, membuang toksin, kuruskan badan..cuba je,..xrugi pon..dari minum air mealshake tah hape2, baek minum madu..makanan sunnah nih..

6. Banyakkan minum air masak
Pastikan kita mengambil air 2liter sehari..minum je air masak uh..bagos untuk badan..ok?.saya mmg banyak minum air..biarlah asek nak terkencing pon..macam la tak biasa gi toilet waktu ngandung dulu kan?

7.Sayur+buah dua kali ganda dari nasi
Tips nih ada doktor bagi..dia kata, kalau makan, sayur kene lagi byk dari nasi..bagos untuk badan..Sape yang pernah tgk aku tapau nasi mesti tahu kuantiti sayur yang saya amek byk mana..saya mmg suka makan sayur..masak lemak pucuk paku, ulam jantung..perghhh...sedapnye..

8.Bengkung
Saya tataulaa berkesan ke tak bengkung nih sebab lepas bersalin aritu,  tak pakai bengkung pon..sebab allergic..abes merah2 kulit bila kena minyak+jamu2+bengkung..end up,  xpakai pon bengkung.. jamu pilis pon takde.. paling byk pon just pakai minyak panas NR..itu pon bila ibu bising..hahaha...

Itu jelaa yang otak dapat pikirkan sekarang,,hahaha,,
Yang penting, untuk jaga hati suami, kita jagalah dari mata dan perutnya...
Berhiaslah untuk suami, masaklah yang sedap2 untuk suami..ok?

#5 Anak Saya Terkena Rotavirus!

Anak cirit birit / Rotavirus / Stomach Flu

Khamis lepas, Syahmi tiba-tiba dapat rotavirus. Dia start muntah,
then malam tu cirit birit / diarrhea.
3kali kitorang tukar cadar sbb muntah dan diarrhea yang
 banyak sangat. Dia pon lesu. Dia makan/minum apa saje, sure keluar balik. 


Dah bagi probiotic / olivenol / garlic, tapi semua keluar balik tak sampai seminit. 
Tempoh cirit birit pon lama. Khamis- Selasa (6 hari). 



Aku bawak gi jumpa doc. Doc kata kena viral fever. sebab pagi 
Jumaat tu dia da start demam (38degC). Doc bagi smecta+enerzal.



Sabtu, Ahad mmg tak keluar mana-mana. sebab dia lesu je.. 
boleh nampak tulang rangka dengan tulang belakang dia..kesian sangat tgk dia..



kadang-kadang, dia kembung..Nasib baik kitorang dpt keluarkan angin dia.. 
baru dia lega nak tidur.
Doctor kata, takde ubat untuk baby. 
Just kena pastikan dia minum air secukupnya.



Mula-mula, ingatkan keracunan makanan. Sebab Syahmi still suka kutip-kutip masuk mulut.. 
takut termakan inedible food ke..Tapi doctor kata bukan.. 
Bila tgk sign, macam kena rotavirus je.. Aduii..
So, kalau anak korang terkena rotavirus / anak cirit birit, macam mana nak buat? Meh I story :-



Tanda-Tanda Rotavirus



1)Muntah
2)Cirit Birit (watery diarrhea -kaler hijau)
3)Demam
4)Lesu



Duration
1) Incubation = 1-2 days
2) Diarrhea = 2-8 days 



Cara-Cara Merawat 



1) Bagi air secukupnya. Elakkan dairy product, fruit juices, and high sugar drinks.
2) Bone broth soup - Sup ayam/tulang/daging- reneh dalam sejam 
dua bersama halia, dan garlic.
3) Air kelapa - yang ni berkesan untuk Syahmi. Tapi dia minum setengah gelas je. 
Aku minum 3biji kelapa dalam masa sehari semalam.
 Aku redha je minum banyak-banyak dengan harapan electrolytes dlm air 
kelapa akan mengalir dalam susu untuk Syahmi. Alhamdullillah, berkesan.
4) Probiotic - Untuk menstabilkan bacteria dalam perut



Jumpa doktor / bawak ke ER jika:-



1) Anak dehydrated
2) Demam terlampau tinggi (38.5 degC ke atas)
3) Berak berdarah
4) Cirit Birit lebih 24 jam



Tanda- Tanda dehidrasi



1) Anak tidak kencing. (pampers kering untuk 3-4jam)
2) kencing kuning dan berbau
3) Lesu tidak bermaya 
4) Kulit anak kering dan tidak anjal seperti biasa
5) Mulut dan lidah kering
6) Menangis tanpa air mata
7) Tidak berpeluh



Rotavirus adalah penyakit yang normal. Ada kajian yang dibuat menyatakan bayi 
akan mendapat rotavirus sekali sebelum umur 5tahun. bagi aku, tak perlu ambil
 rotavirus vaksin. Lagipon ada DNA babi dalam Rotarix tu. Just,
 kena pandai jaga time anak rotavirus. Pastikan mengambil air secukupnya.
 Kalau tak, bawak pergi hospital untuk IV drip.



Dehydration pada bayi adalah merbahaya. So, ibubapa kena aware dan 
memerhatikan anak-anak semasa diarrhea.



Rotavirus juga berjangkit. So, kebersihan adalah faktor utama supaya tidak 
mengjangkiti orang laen.

Tidur sepanjang masa. Badan pon makin kurus

Seluar dan baju kena tukar lebih 10 kali sehari. takde sempat nak matching

Balik rumah, terus tidur. tak senyum pon

Bye - bye diarrhea.. last day di Klinik maen-maen dekat bilik doctor.

Wednesday, 23 March 2016

#4 : Ramuan Qaseh Gold


#3 : QASEH GOLD DAN IMP

Teks Oleh : Noor Hazwani
Foto Oleh : Google



IMP adalah Islamic Manufacturing Practice @ Amalan Pengilangan Islamic yang mendapat pengiktirafan oleh JAKIM dan Qaseh Gold disediakan di bawah piawaian IMP.

Secara umumnya, IMP ialah suatu piawaian yang bertaraf Halalan Toyyiba iaitu suatu proses pengilangan yang bukan sahaja suci dari sudut Fizikalnya (yakni tiada bahan-bahan haram ataupon kontiminasi dengan bahan-bahan haram) malahan suci dari sudut rohaniahnya.

Walaupon terdapat lambakan produk kesihatan terutamanya supplemen dari luar negara yang mendapat sijil halal, tetapi ianya tidak memadai untuk meningkatkan kesihatan Jasmani dan rohani kita.

InsyaAllah, dengan memakan produk yang Halalan Toyyiba , ianya akan merubah 4 perkara iaitu pemikiran, perasaan, jiwa dan budi pekerti di samping menjadikan rohani kita lebih dekat kepada perintah Allah dan Rasul.

IMP telah diwujudkan sejak 2005  dan kaedah pengilangan harus mematuhi tuntutan hukum hukum dalam Islam. Produk hasil pengilangan IMP ini dijamin kesuciannya bukan sahaja dari sudut lahiriah tetapi juga dari sudut rohaninya.

IMP akan merangkumi semua proses di bawah unntuk memastikan piawaianya bukan sahaja memenuhi kehendak Islam malah juga mematuhi peraturan-peraturan dan piawaian laen yang ditetapkan seperti

1. IMP -Islamic Manufacturing Practice
2. GMP - Good Manufacturing Practice
3. HACCP - Persijilan dari Eropah
4. ISO 9002
5. Halal


Proses Pengilangan IMP

Proses pengilangan IMP terbahagi kepada 3:
1. Pengusaha
2. Situasi kilang dan bahan mentah
3. Pekerja

Pengusaha IMP

Pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan Halalan Toyyiba mestilah :

1. Mengetahui persoalan hukum pembuatan produk
2. Mempunyai ilmu -ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan
3. Membekalkan produk mengiut piawaian syarak
4. Menyedari bahawa penghasilan produk akan menjadi darah daging dan akan dituntut di akhirat kelak
5. Niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim semata mata mencari keredhaan Allah.
6. Sumber kewangan yang digunaan untuk perniagaan tidak bersumberkan riba

Situasi Kilang dan Bahan Mentah

1. Susunan dalam kilang mengikut syariat
2.Tidak ada muzik
3. Ada bacaan Al-Quran
4.Ada kuliah kefahaman tentang IMP, GMP dan HACCP
5. Ada kuliah kefahaman agama pada keseluruhan pengurusan dan pekerja 3 kali seminggu
6. Sumber bahan-bahan mentah hendaklah halal  dan mendapat pengesahan dari pihak berkuasa dari Unit  Audit Syariah Dalaman
7. Peralatan dan bahan mentah mestilah dibersihkan mengikut piawaian syariah.

Pekerja

1. Pekerja mestilah Islam dan beriman kepada Allah dan Rasulnya (wajib menutup aurat)
2. Mengetahui dengan sungguh-sungguh hukum thoharah yang berhubung dengan drinya dan kesucian bahan-bahan peralatan dan bahan mentah
3. Mengetahui tentang air mutlak dan air mustaqmal
4. Kemampuan membaca Al-Quran kerana banyak doa-doa dan bacaan-bacaan yang perlu dibaca semasa proses pengilangan
5. Sentiasa ada air wudhu
6. Mesti mulakan dengan Bismillah dan doa-doa khusus
7. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan
8.Perempuan yang haid dipindahkan dari bahagian pemprosesan buat sementara waktu ke bahagian lain.